Melissa Indot

Melissa Indot merupakan seorang penyanyi di Malaysia. Dia dilahirkan pada 4 Mei di Malaysia dan membesar di kota London, United Kingdom. Dia ialah anak bongsu daripada tiga beradik. Ibu bapanya juga sering memasuki pertandingan nyanyian ketika remaja. Dari situlah agaknya darah seni dalam badan wanita ini mengalir. Dia mempelajari muzik secara formal, dengan mendapat gred A dalam GCSE. Dia juga belajar bermain piano sehingga ke Gred 8 dan vokal ke Gred 5.Melissa juga merupakan ketua koir sekolahnya dan dia mengetuai Queenswood Singers serta mengadakan persembahan di Royal Albert Hall pada usia 16 tahun. Selepas tamat belajar, dia menubuhkan kumpulan Confucius Says bersama seorang rakan dan menandatangani kontrak rakaman bersama label bebas dan kontrak penerbitan bersama Universal Publishing di England. Single pertama mereka, Not In Blue, dikeluarkan pada awal 1997, diikuti single pada musim luruh tahun yang sama.
Beliau juga merupa piut KL kapitan Yap Ah Loy yang mana ibu beliau merupakan cicit kepada Yap Ah Loy .

Melissa Indot

Berasal dari Malaysia
Pekerjaan Penyanyi
Instrumen Vokal
Syarikat rakaman Buzzz Sdn. Bhd.
Kelahiran 4 Mei
Genre Pop
Tahun aktif 2006 - kini